Tidak perlu tunggu capai status negeri maju untuk tingkatkan amalan integriti dalam perkhidmatan awam.<br /><br />Apa yang penting, pupuk kesedaran dari awal khususnya dalam menangani isu rasuah.<br /><br />Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian ketika dihubungi berkata, sarawak sentiasa komited dalam usahanya menangani isu rasuah melalui inisiatif Strategik Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP).
